Thursday, 29 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH V

                                     


" KESUNGGUHANMU UNTUK MENGEJAR APA YANG TELAH DIJAMIN UNTUKMU, DAN KELALAIANMU MELAKSANAKAN APA YANG DIMINTA DARIMU ADALAH BUKTI PUDARNYA MATA HATIMU"




Pengajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Semua makhluk hidup yang ada di permukaan bumi , termasuk di dalamnya manusia, telah dijamin rizkinya oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

" Dan perintahkanlah keluargamu untuk melaksanakan sholat dan bersabarlah atasnya, Kami tidak akan meminta pertanggungjawabmu tentang rizki , Kami yang memberikanmu rizki, dan kejayaan yang terakhir adalah milik orang-orang yang bertakwa " QS : surah Thoha : 132

Kesungguhan manusia untuk mengejar rizki padahal ia telah ditentukan oleh Allah dengan tidak memperhatikan kewajipannya sebagai seorang hamba, padahal itulah yang diperintahkan dan itulah yang dituntut oleh Allah, adalah bukti bahawa mata hati orang tersebut telah pudar, telah kehilangan cahaya, telah salah memberikan priority dalam hidupnya.

Seorang mukmin meyakini bahawa rahmat Allah sangat luas, Dia memberikan rizki kepada orang mukmin ataupun yang tidak beriman, dia menyadari bahawa kewajipannya sebagai seorang hamba adalah lebih besar dan lebih mulia daripada mengejar sesuatu yang telah dijamin.


# diakhirat kelak Allah tidak menanyakan berapa banyak harta yang kita perolehi tetapi akan ditanya ,
dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan harta-harta itu...


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al -Ulum , syek 9
Kota Damansara, PJ ,S`ngor.

No comments:

Post a Comment