Saturday 31 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 9

                                                     
"BERANEKA RAGAM JENIS AMAL IBADAH ( YANG ALLAH PERINTAHKAN ) KERANA BERANEKA JUGA KURNIA DAN PEMBERIAN NYA "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Ibadah yang dikerjakan oleh sesaorang hamba , sebesar apa pun dan sebanyak apa pun tidak akan dapat melebihi kurnia yang diberi Allah kepadanya, kerana kesempatan dan kekuatan untuk beribadah itu sendiri adalah satu kurnia besar yang mungkin jarang kita syukuri.


Setiap amal ibadah yang diperintahkan oleh Allah memiliki cahaya dan rasa yang berbeza , setiap ibadah akan  mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan tersendiri dihati , cahaya dan kebersihan hati kerana solat akan berbeza dengan cahaya dan kebersehan hati yang dihasilkan oleh sedekah yang ikhlas, rasa yang merasuk kedalam jiwa seorang ketika dia membaca kalam Illahi ( al-Quran )berbeza dengan rasa yang dia dapatkan ketika bermunajat ( berdoa ) dengan Allah, semua itu adalah kurnia, semua itu adalah pemberian dari Nya.




" Itu adalah limpah kurnia Allah , diberikan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar " QS al-Jumu`ah : 4



nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al-Ulum ,syek 9
Kota Damansara , PJ ,S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 8

                                                         
" JIKA ALLAH MEMBUKA UNTUKMU SUATU JALAN MENGENAL NYA , MAKA JANGANLAH ENGKAU HIRAUKAN SOAL AMALAN MU YANG MASEH SEDIKIT , KERANA ALLAH TIDAK MEMBUKANYA KECUALI DIA INGIN MEMPERKENALKAN  DIRI NYA PADA MU, TIDAKKAH ENGKAU SEDARI  BAHAWA PERKENALAN INI (MAKRIFAT) ADALAH PEMBERIAN ALLAH UNTUK MU, SEDANGKAN AMAL IBADAH ADALAH PEMBERIAN MU UNTUK NYA , DAN MANAKAH KESAMAAN ANTARA YANG ENGKAU BERIKAN DENGAN YANG DIA KURNIAI ? "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Mengenal Allah (makrifat) adalah tujuan hidup manusia , banyak sekali cara yang Allah gunakan untuk hamba Nya lebeh dekat mengenal Nya.

Sebahagian manusia diberi masa luang untuk menghadiri majlis ilmu untuk belajar dan bertafakkur memikirkan keagungan Allah, luasnya rahmat Allah, belajar untuk lebih mengenal Allah.


Namun sebahagian lagi terlena dalam kesibukkan dunia ,dan Allah memberinya kesempatan untuk mengenal Nya dengan cara memberikan kesulitan dalam urusan dunia , memberi ujian berupa penyakit , yang membuatnya mengakui bahawa tiada ada lagi kekuatan dimuka bumi ini yang mampu menolongnya kecuali Allah s.w.t.

Jika Allah telah membuka pintu mengenal Nya ,terimalah kurnia besar dari Allah tersebut, mintalah agar Allah menjadikannya sebagai sebuah lembaran baru menghapuskan semua kesilapan yang pernah kita lakukan.



nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al-Ulum ,syek 9
Kota Damansara ,PJ,S`ngor.

Friday 30 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 7

                                                       


" TIDAK TERPENUHINYA JANJI MESKIPUN  MASANYA TELAH TIBA, JANGANLAH MEMBUATMU RAGU, AGAR IA TIDAK MENGURANGI PANDANGAN HATIMU, DAN MEMADAMKAN CAHAYA BATINMU "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Allah s.w.t. pasti mengabulkan janji Nya, setiap doa yang terucap akan mendapatkan pengabulan, yang boleh jadi sesuai dengan masa yang hambaNya inginkan,dan boleh juga Allah menunda pengabulan doa kerana masih banyak syarat pengabulan doa yang belum kita penuhi, Adakah kita mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan ? Sudahkah kita menjalankan amanat kita dengan baik, sebagai seorang suami, isteri,orang tua, guru,pemimpin ? Benarkah kita mengisi perut kita dengan makanan yang halal ?

Sebelum kita bertanya kepada Allah, kenapa doa kita tidak dikabulkan, sudahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri,apakah keinginan Allah telah kita penuhi ?

Boleh juga Dia menunda pengabulan doa kerana Dia menyukai hamba Nya yang selalu berdoa memanggil nama Nya.


Dalam satu riwayat ,rasulullah s.a.w bersabda :

"Seorang hamba yang sangat Allah sayangi berdoa kepada Nya, Allah memerintahkan : Wahai Jibril penuhilah keinginan hambaku ini namun perlambatkanlah kerana Aku senang untuk terus mendengarsuaranya "
HR al-Thabrany dalam al-Mu`jam al-Awsath.



nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al-Ulum, syek 9,
Kota Damansara, PJ, S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 6

                                                         
" TERTUNDANYA PEMBERIAN MESKIPUN ENGKAU TERUS MEMINTA , JANGAN MEMBUATMU PUTUS ASA , DIA MENJAMIN PENGABULAN DOA, SESUAI DENGAN DIA PILIH, BUKAN YANG ENGKAU PILIH SENDIRI, DIMASA YANG DIA KEHENDAKI, BUKAN PADA MASA YANG ENGKAU INGINKAN. "

pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Manusia sering beranggapan bahawa maslahatnya yang terbaik adalah apa yang dia nilai baik , sehingga jika dia tidak berhasil mencapai maslahat tersebut ia akan sedih dan putus asa , terlebih jika dia telah banyak berdoa, namun ibnu `Athaillah mengajar kita bahawa Allah lebeh mengetahui  apa yang terbaik untuk hambanya , Dia akan memberi yang terbaik yang Dia pilihkan untuk hamba Nya bukan dalam bentuk yang hamba Nya pilih untuk diri sendiri.

" Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui "
QS al- Baqarah : 216

Allah berjanji akan mengabulkan setiap hamba yang mengangkat tangan berdoa kepadaNya, Allah tidak pernah ingkar janji, yang sering terjadi adalah kita tidak ingat banyak sekali doa kita yang telah Allah s.w.t makbulkan.

Kita sering meminta kesihatan dari Allah s.w.t, cuba kita ingat berapa puluh tahun kita hidup dalam keadaan sihat, kita sering meminta kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita di dunia, dijaga keselamatan kita ketika melakukan perjalanan ke suatu tempat, namun jika urusan kita telah dipermudahkan, kita telah diberi keselamatan, ingatkah kita bahawa kita pernah berdoa dan doa kita telah dimakbulkan ?




nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al-Ulum, syek 9,
Kota Damansara,PJ,S`ngor.

Thursday 29 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH V

                                     


" KESUNGGUHANMU UNTUK MENGEJAR APA YANG TELAH DIJAMIN UNTUKMU, DAN KELALAIANMU MELAKSANAKAN APA YANG DIMINTA DARIMU ADALAH BUKTI PUDARNYA MATA HATIMU"




Pengajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Semua makhluk hidup yang ada di permukaan bumi , termasuk di dalamnya manusia, telah dijamin rizkinya oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

" Dan perintahkanlah keluargamu untuk melaksanakan sholat dan bersabarlah atasnya, Kami tidak akan meminta pertanggungjawabmu tentang rizki , Kami yang memberikanmu rizki, dan kejayaan yang terakhir adalah milik orang-orang yang bertakwa " QS : surah Thoha : 132

Kesungguhan manusia untuk mengejar rizki padahal ia telah ditentukan oleh Allah dengan tidak memperhatikan kewajipannya sebagai seorang hamba, padahal itulah yang diperintahkan dan itulah yang dituntut oleh Allah, adalah bukti bahawa mata hati orang tersebut telah pudar, telah kehilangan cahaya, telah salah memberikan priority dalam hidupnya.

Seorang mukmin meyakini bahawa rahmat Allah sangat luas, Dia memberikan rizki kepada orang mukmin ataupun yang tidak beriman, dia menyadari bahawa kewajipannya sebagai seorang hamba adalah lebih besar dan lebih mulia daripada mengejar sesuatu yang telah dijamin.


# diakhirat kelak Allah tidak menanyakan berapa banyak harta yang kita perolehi tetapi akan ditanya ,
dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan harta-harta itu...


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al -Ulum , syek 9
Kota Damansara, PJ ,S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL- HIKAM :HIKMAH IV

                                               


" ISTIREHATKAN JIWAMU DARI KELUH KESAH URUSAN DUNIAWI, APA  YANG TELAH DIATUR OLEH SELAINMU, TIDAK PERLU ENGKAU TURUT MENGURUSNYA "




Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :


Manusia diperintahkan untuk berusaha , untuk bekerja, untuk mencari nafkah, untuk merencanakan masa depan yang gemilang, untuk terus berdoa, bersimbuh, memohon rahmat dan inayahnya. Namun Allah melarang kita untuk bergantung kepada sebab-sebab duniawi, kerana Dia telah mengatur segalanya, rizki yang telah Dia tetapkan untuk kita tidak akan berpindah ke orang lain, Allah tidak akan lupa.

Manusia diperintahkan bertawakkal , menggantungkan segala urusannya kepada Allah, sehingga jika hasil yang dia perolehi tidah sesuai dengan yang ia rencanakan, ia tetap meyakini bahawa apa yang telah diatur oleh Allah adalah maslahat yang terbaik untuknya didunia dan di akhirat.


Rasulullah s.a.w menggambarkan indahnya tawakkal dalan sabdanya :

"Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, Dia pasti akan berimu rizki seperti seekor burung yang keluar di waktu pagi ( tanpa ada kerisauan ) dalam keadaan lapar dan kembali di waktu senja dalam keadaan kenyang " HR Ahmad Ibnu Majah & al- Tirmidzi.


#: Tawakkal maksudnya  kita berserah dan bersandarkan kepada Allah dan kita yakini.
#; kita boleh mengatur perjalanan kehidupan tetapi tidak pada rizki.


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al- Ulum, syek 9,
Kota Damansara, PJ , S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH III

                                     


" KEKUATAN SEMANGAT TIDAK DAPAT MENEMBUS RAHSIA TAKDIR "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Sebesar apapun usaha, doa dan ibadah yang dilakukan oleh seorang hamba, tidak akan dapat membuka rahsia takdir yang disimpan oleh Allah s.w.t ,Dia akan sentiasa menunjukkan kepada kita bahawa Dialah pemegang keputusan, Dialah penentu segala kebajikan, pengatur semua urusan.

" Dan Allah Maha Berkuasa terhadap urusan-Nya , tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya "
- QS Yusuf : ayat 21

Banyaknya ibadah tidak akan membuat orang hidup kekal didunia, banyaknya berzikir tidak akan mengeluarkan kita dari takdir kita sebagai manusia.

Semua ibadah yang kita lakukan, semua doa yang kita panjatkan adalah pelaksanaan dari sebuah kewajipan sebagai seorang hamba, bukan kerana kita tidak meridhoi apa yang telah Allah pilih untuk kita, bukan kerana kita mengharapkan yang lebih baik dari kebaikan yang telah dikurniakan Allah kepada kita.

Semua usaha baik yang dilakukan manusia didalam kehidupan ini akan mendapatkan ganjaran yang baik dari Allah s.w.t, namun seringkali Allah memberikan cabaran berupa kegagalan hanya untuk membuat kita lebih mendekatkan diri kepada Nya.


#: walaupun doa kita tidak dimakbulkan didunia akan tetap mendapatnya di akhirat kelak ,namuan kita telah semakin dekat dengan Allah dengan hati yang bersih.


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
surau al-Ulum ,syek 9,
Kota Damansara ,PJ ,S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH II

                                                
" Keinginanmu untuk hanya melaksanakan ibadah padahal Allah s.w.t. memberikanmu kemudahan urusan dunia adalah termasuk hawa nafsu yang tidak disedari, sebaleknya keinginanmu untuk mengejar kehidupan dunia padahal Allah s.w.t memilehmu untuk terus beribadah kepadaNya adalah sebuah kemunduran dari semangat dan cita-cita yang tinggi "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Seorang mukmin akan sentiasa mencari keredhoan Allah s.w.t dimana pun posisi dan kedudukan dia berada , ia yakin bahawa apapun yang Allah pilih untuknya itu adalah yang terbaik, jika dia ditakdirkan untuk menjadi orang yang berjaya dalam urusan dunia  baik dalam bidang ekonomi , pendidikan, kedoktoran, kenegaraan, apapun bentuknya, setinggi atau sesederhana apapun jawatan yang dia pegang , selama itu adalah pekerjaan yang halal, ia meyakini bahawa itu adalah amanat dari Allah, itu adalah ketetapan, pilihan dan ujian dariNya

Jika dia dipilih sebagai seorang ahli ibadah ,atau memegang amanat dalam bidang keagamaan, menjadi seorang guru agama, penyeru kejalan Allah ( pendakwah ) atau apa pun kemuliaan yang Allah berikan ia yakin bahawa itu adalah sebuah kemuliaan yang tidak boleh digantikan dengan nilai apapun didunia ini.

Sesaorang mukmin akan redho dengan keputusan yang Allah berikan, dalam kedudukan apapun ia boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan benar, ia boleh menjalankan kewajipan ibadah tanpa harus melepaskan tanggungjawab dunia.




"SESUNGGUHNYA TUHANMU ADA HAK KEATASMU,
DAN SESUNGGUHNYA KELUARGAMU ADA HAK KEATASMU,
DAN SESUNGGUHNYA DIRIMU ADA HAK KEATASMU,
MAKA TUNAIKANLAH HAK-HAK ITU KEATAS HAKNYA "

" kehidupan kita keseluruhannya adalah ibadah, dimana pun kita berada kita boleh mendekatkan diri dengan Allah s.w.t."



nota dari kelas pengajian Tasawuf,
bimbingan Ustz Barry
Surau al-Ulum, syek 9,
Kota Damansara, PJ, S`ngor.

Wednesday 28 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH I

                                                                 
"DIANTARA TANDA (SESEORANG) BERSANDAR PADA AMAL PERBUATAN ADALAH BERKURANGNYA HARAPAN KETIKA ADA KEHILAFAN (KESALAHAN) "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Sebahagian manusia ada yang bersandar kepada  kejayaan , kekuatan,atau kekuasaan dirinya sendiri, merasa bahawa dirinya lebeh baik dari orang lain, ia tidak menyadari bahawa ini adalah warisan akhlak dari iblis yang menentang perintah Allah untuk sujud penghormatan kepada Adam kerana merasa lebeh baik.

            " Aku lebeh baik dari dia ( Adam )"  [ QS Al-A`raf : 12 ]

Sebahagian  lagi ada yang bergantung kepada amal usahanya, ia merasa bahawa amal baiknya telah cukup membuat dirinya menjadi orang baik pada pandangan Allah s.w.t. ia merasa bahawa amal ibadah yang ia lakukan adalah mutlak usaha yang ia lakukan sendiri, melupakan bahawa itu semua adalah taufiq dan inayah (pertolongan ) dari Yang Maha Kuasa yang semestinya harus disyukuri.

Dan salah satu tanda orang yang bersandar pada amal usahanya adalah jika orang tersebut melakukan dosa dan kesalahan ia merasa bahawa ia telah jauh dari Allah s.w.t. ia tidak pantas untuk kembali bersimpuh memohon maaf kepada Nya, ia menganggap bahawa dirinya sudah tidak patut lagi mengharap rahmat dan maghfirah Nya.

Sebahagian lagi adalah orang-orang yang dekat dan mendekatkan diri pada Allah s.w.t, mereka menyakini bahawa segala kebaikan , amal ibadah yang mereka lakukan, semua adalah kurnia, rahmat dan taufiq dari Allah s.w.t, dan jika mereka terjerumus kedalam lembah kesilapan, mereka mereka menyakini bahawa itu adalah ujian dari Allah, mereka segera beristighfar , bertaubat dan kembali kepada Allah, Mereka adalah orang-orang yang bersandar kepada Allah, bukan kepada diri atau amalan.




*nota ini saya perolehi ketika menghadiri kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau AL-Ulum , syeksen 9 ,
 Kota Damansara , PJ , S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : PENGENALAN PENGARANG

PENGENALAN PENGARANG KITAB AL-HIKAM IBNU `ATHAILLAH AL-SAKANDARY


Beliau adalah al-syeikh abu al-Fadhl Ahmad Bin Muhammad Bin Abdul Karim Bin `Athaillah, lahir , belajar dan dibesarkan di Alexandaria, Mesir dan meninggal di Cairo pada tahun 709 H (1309 M), julukkan al-Sakandary , al-Iskandary, atau al-Iskandarany merujuk kepada kota kelahirannya itu , datuk beliau Abu Muhammad Abdul Karim adalah seorang ulama fiqih yang cukup besar pada masa itu.

Sejak kecil Ibnu `Athaillah mempelajari ilmu-ilmu agama dan bahasa dari guru-guru yang berada di Kota Alexandria, hingga pada tahun 674 H beliau bertemu dengan al-Syeikh Abu Al-`Abbas al- Mursy murid dari syeikh Abu al- Hassan al-Syadzily dan mengambil ilmu tasawuf dari beliau.

Sekitar tahun 686 H Ibnu `Athaillah hijrah dan menetap di Cairo untuk menyebarkan ilmu, diantara tempat beliau mengajar adalah masjid al-Azhar, disana beliau mengajar ilmu-ilmu ushul , ilmu syariah dan ilmu tasawuf.

Dalam bidang fiqih beliau adalah pengikut mazhab al-Maliky yang banyak tersebar di Alexandria pada masa itu, dan dalam bidang tasawuf beliau mengikuti madrasah al- Imam Abu al-Hasan al-Syadzily yang diambil dari gurunya al-Syeikh Abu al-`Abbas al-Mursy.

Ibnu `Athaillah banyak mewariskan kerja tulis yang mengabdikan nama beliau, karyanya yang terbesar adalah al-Hikam al-`Athaiyyah sebuah kumpulan kata-kata hikmah yang beliau tulis sebagai pedoman bagi seorang manusia yang ingin menempuh perjalanan menuju Sang Khaliq, al-Hikam al-`Athaiyyah adalah hasil dari sebuah kesucian tasawuf  yang diterangi oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. setiap kata hikmah yang beliau tulis memiliki nilai-nilai pengajaran yang luhur yang mengarahkan kita kepada kefahaman ,adab dan akhlak yang benarkepada Allah s.w.t.

Tuesday 27 December 2011

kenapa saya ber FB...

walaupun usia dah mencecah angka 5+...tapi saya maseh ingin membuka acc FB ...kenapa ya????

  •  dapat menjalinkan siraturrahim diantara keluarga...tak kira dimana mereka berada...asalkan ada FB..
  • hahaah...boleh skodeng aktiviti anak2 yg jauh dimata....he3
  •  berkongsi gambar2 yg menarek ..terutama tempat-tempat percutian didalam dan diluar negara yg indah-indah  pemandangan...rasa-rasanya saya tak mampu nak mengunjunginya....
  • waaaawwwwwww! banyak info yg boleh saya dapat.!!!!!