Thursday, 29 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH III

                                     


" KEKUATAN SEMANGAT TIDAK DAPAT MENEMBUS RAHSIA TAKDIR "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Sebesar apapun usaha, doa dan ibadah yang dilakukan oleh seorang hamba, tidak akan dapat membuka rahsia takdir yang disimpan oleh Allah s.w.t ,Dia akan sentiasa menunjukkan kepada kita bahawa Dialah pemegang keputusan, Dialah penentu segala kebajikan, pengatur semua urusan.

" Dan Allah Maha Berkuasa terhadap urusan-Nya , tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya "
- QS Yusuf : ayat 21

Banyaknya ibadah tidak akan membuat orang hidup kekal didunia, banyaknya berzikir tidak akan mengeluarkan kita dari takdir kita sebagai manusia.

Semua ibadah yang kita lakukan, semua doa yang kita panjatkan adalah pelaksanaan dari sebuah kewajipan sebagai seorang hamba, bukan kerana kita tidak meridhoi apa yang telah Allah pilih untuk kita, bukan kerana kita mengharapkan yang lebih baik dari kebaikan yang telah dikurniakan Allah kepada kita.

Semua usaha baik yang dilakukan manusia didalam kehidupan ini akan mendapatkan ganjaran yang baik dari Allah s.w.t, namun seringkali Allah memberikan cabaran berupa kegagalan hanya untuk membuat kita lebih mendekatkan diri kepada Nya.


#: walaupun doa kita tidak dimakbulkan didunia akan tetap mendapatnya di akhirat kelak ,namuan kita telah semakin dekat dengan Allah dengan hati yang bersih.


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
surau al-Ulum ,syek 9,
Kota Damansara ,PJ ,S`ngor.

No comments:

Post a Comment