Thursday, 29 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH II

                                                
" Keinginanmu untuk hanya melaksanakan ibadah padahal Allah s.w.t. memberikanmu kemudahan urusan dunia adalah termasuk hawa nafsu yang tidak disedari, sebaleknya keinginanmu untuk mengejar kehidupan dunia padahal Allah s.w.t memilehmu untuk terus beribadah kepadaNya adalah sebuah kemunduran dari semangat dan cita-cita yang tinggi "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Seorang mukmin akan sentiasa mencari keredhoan Allah s.w.t dimana pun posisi dan kedudukan dia berada , ia yakin bahawa apapun yang Allah pilih untuknya itu adalah yang terbaik, jika dia ditakdirkan untuk menjadi orang yang berjaya dalam urusan dunia  baik dalam bidang ekonomi , pendidikan, kedoktoran, kenegaraan, apapun bentuknya, setinggi atau sesederhana apapun jawatan yang dia pegang , selama itu adalah pekerjaan yang halal, ia meyakini bahawa itu adalah amanat dari Allah, itu adalah ketetapan, pilihan dan ujian dariNya

Jika dia dipilih sebagai seorang ahli ibadah ,atau memegang amanat dalam bidang keagamaan, menjadi seorang guru agama, penyeru kejalan Allah ( pendakwah ) atau apa pun kemuliaan yang Allah berikan ia yakin bahawa itu adalah sebuah kemuliaan yang tidak boleh digantikan dengan nilai apapun didunia ini.

Sesaorang mukmin akan redho dengan keputusan yang Allah berikan, dalam kedudukan apapun ia boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan benar, ia boleh menjalankan kewajipan ibadah tanpa harus melepaskan tanggungjawab dunia.




"SESUNGGUHNYA TUHANMU ADA HAK KEATASMU,
DAN SESUNGGUHNYA KELUARGAMU ADA HAK KEATASMU,
DAN SESUNGGUHNYA DIRIMU ADA HAK KEATASMU,
MAKA TUNAIKANLAH HAK-HAK ITU KEATAS HAKNYA "

" kehidupan kita keseluruhannya adalah ibadah, dimana pun kita berada kita boleh mendekatkan diri dengan Allah s.w.t."



nota dari kelas pengajian Tasawuf,
bimbingan Ustz Barry
Surau al-Ulum, syek 9,
Kota Damansara, PJ, S`ngor.

No comments:

Post a Comment