Thursday, 12 January 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM :HIKMAH 13

         
" BAGAIMANA MUNGKIN HATI AKAN BERCAHAYA,SEDANGKAN GAMBARAN DUNIA TERLUKIS DIDALAM CERMIN HATINYA . BAGAIMANA MUNGKIN DAPAT BERJALAN MENUJU ALLAH,PADAHAL DIA MASEH TERBELENGGU OLEH HAWA NAFSUNYA. BAGAIMANA DIA INGIN MERASAKAN KEHADIRAN ALLAH ,PADAHAL DIA BELUM BERSUCI DARI KELALAIANNYA. BAGAIMANA DIA BERHARAP UNTUK MEMAHAMI RAHSIA-RAHSIA ALLAH YANG TERSEMBUNYI , SEDANGKAN DIA BELUM BERTAUBAT DARI KEKELIRUANNYA ? "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Untuk dapat memahami dan menghayati rahsia dibalek " la hawla wala quwwata illah billah " untuk menyerahkan seluruh hidup kita kepada makna  " la hawla wala quwwata illah billah " , ibnu `Athaillah membimbing kita melalui empat jalan :

Pertama : membersihkan hati, kerana cahaya Allah hanya akan masuk kedalam hati yang telah bersih , dengan cara menghilangkan keterkaitan dengan dunia , menjadikan dunia hanya sebagai sarana bukan tujuan dan meyakini bahawa tujuan kita adalah bertemu dengan Allah dihari akhirat.

Kedua : Membebaskan diri dari belenggu hawa nafsu ,hawa nafsu adalah segala bentuk keinginan yang tidak sesuai dengan perintah agama, orang yang maseh terbelenggu dengan hawa nafsunya tidak akan dapat berjalan menuju Allah, tidak akan tergerak kakinya untuk menuju rumah allah, tidak akan tertarik jiwanya untuk menghadiri majlis ilmu.

Ketiga : Banyak berzikir kepada Allah, kerana jiwa yang lalai tidak akan merasakan kehadiran Allah dalam kehidupannya, tidak akan merasakan manisnya beribadah.

Keempat : Banyak bertaubat dan beristifar dari segala kesilapan dan kesalahan , kembali kepada Allah kerana banyak sekali kesalahan yang membuat kita jauh dari NYA.



nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
Surau al-Ulum,syek 9, 
Kota Damansara ,PJ,S`ngor.

No comments:

Post a Comment