KEWAJIPAN MUSLIM : MENJAUHI DARI MEMPEROLOK-OLOKAN ORANG LAIN.
" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah sesuatu puak ( dari kaum lelaki ) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain , ( kerana ) harus puak yang dicemuhkan itu lebeh baik daripada mereka ,dan jangan lah sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana )harus puak yang dicemuhkan itu lebeh baik daripada mereka " -al-Hujarat : ayat 11-
Rasullullah s.a.w bersabda :
" Setiap muslim keatas seorang muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan juga kehormatan dirinya"
Berkata sebahagian Hukama ;
" Wahai anakku !Jika manusia selamat dari kamu, nescaya tidak ada sebab kamu tidak selamat dari mereka . Sesungguhnya amat jarang berhimpunnya dua nikmat ini "
" Dua orang yang berada dineraka; orang yang berhasad dan orang yang berdendam "
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w yang bersabda :
"Apabila kamu bersangka ( buruk pada sesaorang),maka jangan kamu jadikan ia benar dalam diri kamu ( yakin jangan biarkan diri kamu mempercayainya ) "
( riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a )
petikan dari buku
50 kewajipan seorang muslim.
No comments:
Post a Comment