HARI YANG BERLALU... ia tidak akan kembali kepada mu. HARI KAMU BERADA DI DALAMNYA...ia tidak akan berkekalan. HARI AKAN DATANG ...kamu tidak mengetahui keadaannya dan siapakah yang akan memilikinya
Saturday, 31 December 2011
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 9
"BERANEKA RAGAM JENIS AMAL IBADAH ( YANG ALLAH PERINTAHKAN ) KERANA BERANEKA JUGA KURNIA DAN PEMBERIAN NYA "
Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :
Ibadah yang dikerjakan oleh sesaorang hamba , sebesar apa pun dan sebanyak apa pun tidak akan dapat melebihi kurnia yang diberi Allah kepadanya, kerana kesempatan dan kekuatan untuk beribadah itu sendiri adalah satu kurnia besar yang mungkin jarang kita syukuri.
Setiap amal ibadah yang diperintahkan oleh Allah memiliki cahaya dan rasa yang berbeza , setiap ibadah akan mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan tersendiri dihati , cahaya dan kebersihan hati kerana solat akan berbeza dengan cahaya dan kebersehan hati yang dihasilkan oleh sedekah yang ikhlas, rasa yang merasuk kedalam jiwa seorang ketika dia membaca kalam Illahi ( al-Quran )berbeza dengan rasa yang dia dapatkan ketika bermunajat ( berdoa ) dengan Allah, semua itu adalah kurnia, semua itu adalah pemberian dari Nya.
" Itu adalah limpah kurnia Allah , diberikan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar " QS al-Jumu`ah : 4
nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al-Ulum ,syek 9
Kota Damansara , PJ ,S`ngor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment