HARI YANG BERLALU... ia tidak akan kembali kepada mu. HARI KAMU BERADA DI DALAMNYA...ia tidak akan berkekalan. HARI AKAN DATANG ...kamu tidak mengetahui keadaannya dan siapakah yang akan memilikinya
Saturday, 31 December 2011
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 8
" JIKA ALLAH MEMBUKA UNTUKMU SUATU JALAN MENGENAL NYA , MAKA JANGANLAH ENGKAU HIRAUKAN SOAL AMALAN MU YANG MASEH SEDIKIT , KERANA ALLAH TIDAK MEMBUKANYA KECUALI DIA INGIN MEMPERKENALKAN DIRI NYA PADA MU, TIDAKKAH ENGKAU SEDARI BAHAWA PERKENALAN INI (MAKRIFAT) ADALAH PEMBERIAN ALLAH UNTUK MU, SEDANGKAN AMAL IBADAH ADALAH PEMBERIAN MU UNTUK NYA , DAN MANAKAH KESAMAAN ANTARA YANG ENGKAU BERIKAN DENGAN YANG DIA KURNIAI ? "
Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :
Mengenal Allah (makrifat) adalah tujuan hidup manusia , banyak sekali cara yang Allah gunakan untuk hamba Nya lebeh dekat mengenal Nya.
Sebahagian manusia diberi masa luang untuk menghadiri majlis ilmu untuk belajar dan bertafakkur memikirkan keagungan Allah, luasnya rahmat Allah, belajar untuk lebih mengenal Allah.
Namun sebahagian lagi terlena dalam kesibukkan dunia ,dan Allah memberinya kesempatan untuk mengenal Nya dengan cara memberikan kesulitan dalam urusan dunia , memberi ujian berupa penyakit , yang membuatnya mengakui bahawa tiada ada lagi kekuatan dimuka bumi ini yang mampu menolongnya kecuali Allah s.w.t.
Jika Allah telah membuka pintu mengenal Nya ,terimalah kurnia besar dari Allah tersebut, mintalah agar Allah menjadikannya sebagai sebuah lembaran baru menghapuskan semua kesilapan yang pernah kita lakukan.
nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al-Ulum ,syek 9
Kota Damansara ,PJ,S`ngor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment