Wednesday, 28 December 2011

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH I

                                                                 
"DIANTARA TANDA (SESEORANG) BERSANDAR PADA AMAL PERBUATAN ADALAH BERKURANGNYA HARAPAN KETIKA ADA KEHILAFAN (KESALAHAN) "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Sebahagian manusia ada yang bersandar kepada  kejayaan , kekuatan,atau kekuasaan dirinya sendiri, merasa bahawa dirinya lebeh baik dari orang lain, ia tidak menyadari bahawa ini adalah warisan akhlak dari iblis yang menentang perintah Allah untuk sujud penghormatan kepada Adam kerana merasa lebeh baik.

            " Aku lebeh baik dari dia ( Adam )"  [ QS Al-A`raf : 12 ]

Sebahagian  lagi ada yang bergantung kepada amal usahanya, ia merasa bahawa amal baiknya telah cukup membuat dirinya menjadi orang baik pada pandangan Allah s.w.t. ia merasa bahawa amal ibadah yang ia lakukan adalah mutlak usaha yang ia lakukan sendiri, melupakan bahawa itu semua adalah taufiq dan inayah (pertolongan ) dari Yang Maha Kuasa yang semestinya harus disyukuri.

Dan salah satu tanda orang yang bersandar pada amal usahanya adalah jika orang tersebut melakukan dosa dan kesalahan ia merasa bahawa ia telah jauh dari Allah s.w.t. ia tidak pantas untuk kembali bersimpuh memohon maaf kepada Nya, ia menganggap bahawa dirinya sudah tidak patut lagi mengharap rahmat dan maghfirah Nya.

Sebahagian lagi adalah orang-orang yang dekat dan mendekatkan diri pada Allah s.w.t, mereka menyakini bahawa segala kebaikan , amal ibadah yang mereka lakukan, semua adalah kurnia, rahmat dan taufiq dari Allah s.w.t, dan jika mereka terjerumus kedalam lembah kesilapan, mereka mereka menyakini bahawa itu adalah ujian dari Allah, mereka segera beristighfar , bertaubat dan kembali kepada Allah, Mereka adalah orang-orang yang bersandar kepada Allah, bukan kepada diri atau amalan.




*nota ini saya perolehi ketika menghadiri kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau AL-Ulum , syeksen 9 ,
 Kota Damansara , PJ , S`ngor.

2 comments:

  1. alangkah bagus kalau dapat diadakan kuliah al hikam nie di surau kita...bab tasawuf nie bagi kitab hikam ada yg berpendapat dah peringkat muntahi...waallahu a'lam...

    ReplyDelete
  2. Joe...dah ada dulu ...ustz Miftahuddin buat tapi tak sempat khatam ank murid dan guru pencen...he3

    ReplyDelete