Thursday, 24 May 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 29

"JAUH BERBEZA ANTARA ORANG YANG MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI PENUNJUK DENGAN ORANG YANG SELALU MENCARI BUKTI KEBENARAN-NYA. ORANG YANG MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI PENUNJUK MENGETAHUI KEBENARAN ADALAH MILIK-NYA DAN MENETAPKANNYA SESUAI DENGAN ASALNYA.
MENCARI BUKTI KEBENARAN-NYA ADALAH PETANDA BELUM SAMPAI KEPADA-NYA, KERANA BILAKAH ALLAH TIADA SEHINGGA KITA MENCARI BUKTI KEBENARAN-NYA ? BILAKAH DIA JAUH SEHINGGA BUKTI-BUKTI SAHAJA YANG BISA MEMBAWA KITA KEPADA-NYA "



Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Orang yang beriman meyakini bahawa wujud Allah adalah wujud yang hakiki, kebenaran yang diberikan oleh Allah adalah kebenaran yang hakiki, dia meyakini bahawa Allah swt sentiasa bersamanya, mendengar, melihat dan mengawasi.

Orang yang beriman meyakini bahawa semua yang disampaikan oleh utusan Allah swt dalam al-Quran dan sunnah adalah ajaran kebenaran, penuntun hidup, dan penerang untuk semua kegelapan, hatinya akan mengajaknya untuk menerima semua yang diajarkan oleh baginda RasulAllah s.a.w. , meskipun terkadang berat, tidak sesuai dengan jalan fikiran kebanyakan orang.

Orang yang dekat dengan Allah swt tidak memerlukan bukti adanya Allah, tidak memerlukan bukti kebenaran ayat-ayat Allah, tidak memerlukan bukti kebenaran ajaran RasulAllah s.a.w , kerana mereka meyakini bahawa bukan bukti yang membawa mereka kepada Allah, tetapi Allah yang membawa kita kepada Nya.


nota dari kelas pengajian tasawuf
bumbingan Ustaz Bari
Surau al-Ulum , syek 9
Kota Damansara, PJ , S`ngor.


No comments:

Post a Comment