HARI YANG BERLALU... ia tidak akan kembali kepada mu. HARI KAMU BERADA DI DALAMNYA...ia tidak akan berkekalan. HARI AKAN DATANG ...kamu tidak mengetahui keadaannya dan siapakah yang akan memilikinya
Thursday, 2 February 2012
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 16
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG MENZAHIRKAN SEGALA SESUATU ? "
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG ZAHIR PADA SEGALA SESUATU ? "
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG ZAHIR DIDALAM SEGALA SESUATU ? "
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG ZAHIR BAGI SEGALA SESUATU ? "
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG MAHA ZAHIR SEBELUM ADA SEGALA SESUATU ? "
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA LEBIH ZAHIR DARI SESUATU ?"
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG MAHA ESA YANG TIADA ADA BERSAMANYA SESUATU ?"
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL DIA LEBEH DEKAT KEPADAMU DARI SEGALA SESUATU ? "
" BAGAIMANA DAPAT DIBAYANGKAN BAHAWA ALLAH TERHALANG OLEH SESUATU PADAHAL SEANDAINYA TIADA DIA, TIDAK AKAN ADA SESUATU ? "
ALANGKAH AJAIBNYA, BAGAIMANA SESUATU BOLEH ADA DI DALAM KETIADAAN ? DAN BAGAIMANA MUNGKIN SUATU YANG DICIPTAKAN BOLEH ADA ( DIDALAM HATI KITA ) MENGALAHKAN YANG MAHA MENCIPTAKAN ?
Pengajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :
Keberadaan Allah s.w.t adalah lebih jelas dari apapun yang ada didunia ini, dalam setiap hal Dia akan selalu menunjukkan bahawa Dia lah pemilik segalanya, dan kepada Nya segalanya akan kembali .
" Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda ( kekuasaan) Kami disegala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Dia itu adalah benar. tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu ? "
QS. Fusshilat : 53
Tidak ada sesuatu kekuatan apapun yang boleh menghalangi Allah, Dia yang menciptakan dan Dia yang menampakkan segala sesuatu, kekuasaan Nya yang akan nampak pada dan didalam segala sesuatu.
Tidak ada sesuatu kekuatan apapun yang dapat menghalangi kaseh dan cinta Allah kepada hamba-hambanya, meskipun hambanya banyak melakukan kesilapan, banyak terjerumus kedalam dosa dan kesalahan, namun Dia tetap mengatakan :
Wahai anak Adam, selama engkau mahu berdoa dan berharap pada Ku , niscaya akan Aku ampunkan apapun yang telah terjadi padamu dan tidak Aku perdulikan lagi.
(HR Al-Tarmidzi & Ahmad.)
Tidah ada kekuatan apapun yang dapat menghalangi Allah, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang cinta dan kaseh Allah. Manusia lah yang sering menghalangi dirinya sendiri dari Allah, dari cinta dan kaseh Allah, manusia lah yang sering membuat tabir antara dirinya dengan Allah, manusia lah yang terhalang dan bukan Alah.
nota dari pengajian tasawuf
bimbingan Ust. Bari
surau Al-Ulum, syek 9,
Kota Damansara, PJ,S`ngor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment