| Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan. Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu. Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan. Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya. Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T. Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?. Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga. Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula. Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran." Mohon maaf jika artikal ini menyinggung hati sesiapa....sekadar ingat mengingatkan... |
HARI YANG BERLALU... ia tidak akan kembali kepada mu. HARI KAMU BERADA DI DALAMNYA...ia tidak akan berkekalan. HARI AKAN DATANG ...kamu tidak mengetahui keadaannya dan siapakah yang akan memilikinya
Thursday, 4 October 2012
PESANAN UNTUK DIRIKU DAN SAHABAT-SAHABAT YANG DIKASEHI..
Tuesday, 2 October 2012
DETIK-DETIK PERINGATAN ALLAH UNTUK DIRI KU
![]() |
| bersama insan-insan tersayang...suami dan ibu tersayang |
Dari Abu Dzar Al Ghifari radhiallahuanhu dari Rasulallah SAW sebagaimana beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahawa Dia berfirman :
" Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) diantara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim."
"Wahai hamba-Ku , semua kalian adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah , maka mintalah hidayah kepada-Ku niscaya Aku akan memberikan kalian hidayah "
![]() |
| saat-saat diuji dengan kesakitan pada 28hb sept -30hb sept 2012 |
" Wahai hamba-Ku , kalian semuanya telanjang kecuali siapa yang Aku berikan kepadanya pakaian , maka mintalah pakaian kepada- Ku niscaya Aku berikan kalian pakaian "
" Wahai hamba-Ku , kalian semuanya melakukan kesalahan pada malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni "
" Wahai hamba-Ku , sesungguhnya tidak ada kemudaratan yang dapat kalian lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang kalian berikan kepada- Ku"
![]() |
| wajah seorang suami yang setia dalam kesabaran ketika isterinya terlantar sakit |
Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah....! Allah telah memberi kepadaku peringatan sebelum ajal datang menjemput...InsyaAllah akan ku isikan sisa-sisa kehidupanku ini dengan amal ibadah yang terbaik sebagai bekalan kehidupan diakhirat...Aamiin.
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 37
" ALLAH TELAH ADA DAN TIADA SESUATU BERSAMA-NYA , DAN DIA KINI SEBAGAIMANA DIA TELAH ADA "
Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :
Allah pencipta segalanya , Dia telah ada sebelum segalanya. Segalanya adalah makhluk kepada- Nya. Dia adalah Rabb , Tuhan ,Pencipta, Pengatur, Penguasa, Penjaga , Pemberi rezeki dan Pemilik segalanya. Allah adalah wujud yang hakiki, sementara manusia ada kerana diciptakan oleh-Nya.
Demikianlah hakikat yang tidak akan berubah , manusia akan tetap menjadi hamba, dan Allah akan selama-lamanya menjadi satu-satunya yang haq untuk disembah. Sedar atau tidak, beriman ataupun tidak manusia tetaplah hamba kepada Allah, jika hati manusia tidak ingin mendengar perintah Allah, maka jantungnya akan sentiasa berdenyut dan berhenti atas perintah-Nya.
"Tidak ada sesiapapun dilangit dan dibumi melainkan ia akan datang kepada ( Allah) Ar-Rahman , sebagai hamba " ~ surah Maryam : 93
Jika demikian hakikat kita sebagai manusia dan hakikat segala benda yang ada di dunia ini jika dibandingkan dengan Allah, maka patutkah kita menyembah selain Allah, mengharap kepada selain Allah, meminta kepada selain Allah, meyakini keabadian selain Allah.
nota dari pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry ,
Surau al-Ulum,syek 9,
Kota Damansara, Selangor.

Sunday, 30 September 2012
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 36
" CAHAYA AKAL AKAN MEMPERLIHATKAN KEDERKATAN-NYA DARIMU , MATA HATI AKAN MEMPERLIHATKAN KETIADAANMU DIHADAPAN-NYA, DAN PANDANGAN HAKIKI HANYA MEMPERLIHATKAN KEBERADAAN-NYA, BUKAN KETIADAANMU DAN BUKAN JUGA KEBERADAANMU "
Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :
Allah menjadikan akal manusia sebagai syarat mutlak wajibnya beribadah , ibadah dan ketaatan hanya diwajibkan bagi orang-orang yang memiliki akal. Akal juga adalah salah satu jambatan yang menghubungkan manusia kepada Sang Pencipta , yang mengajarkan manusia untuk mengenal kewujudan Allah . Allah akan membawa kita pada suatu keyakinan bahawa Allah s.w.t dekat dengan kita, kemana pun kita pergi, dimanapun kita berada Dia sentiasa mendengar , Dia sentiasa melihat , Dia sentiasa mengawasi.
Mata hati yang disinari dengan kimanan dan penyerahan diri pada Allah , akan sentiasa merasakan bahawa segala amal kebaikan yang manusia lakukan adalah tawfiq ataupun kemudahan yang datang dari Allah , bukan sekadar perbuatan yang manusia lakukan kerana memilki masa, kekuatan dan keinginan.
" Dan mereka berkata ; segala puji bagi Allah yang telah memberikan kami petunjuk kepada perkara ini , dan kami tidak mungkin mendapatkan petunjuk seandainya Allah tidak memberikannya kepada kami "
~ surah al_A`raf : ayat 43.
Hidayah dari Allah bermula dari usaha manusia untuk mendapatkannya, dan Allah hanya memberikannya kepada orang-orang yang Dia cintai.
~ surah al_A`raf : ayat 43.
Hidayah dari Allah bermula dari usaha manusia untuk mendapatkannya, dan Allah hanya memberikannya kepada orang-orang yang Dia cintai.
nota dari pengajian kelas tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
surau al-Ulum , syek 9, Kota Damansara
Selangor
bimbingan Ustaz Barry
surau al-Ulum , syek 9, Kota Damansara
Selangor
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 35
" ASAL DARI SEMUA MAKSIAT , KELALAIAN , DAN SYAHWAT ADALAH MERASA PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRI SENDIRI , DAN ASAL DARI SEMUA KETAATAN , KESEDARAN , KESUCIAN JIWA ADALAH TIDAK MERASA PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRI SENDIRI.
BERSAHABAT DENGAN ORANG BODOH YANG TIDAK MERASA PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRINYA , LEBEH BAIK DARIPADA BERSAHABAT DENGAN ORANG PANDAI YANG PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRINYA , DAN KEBODOHAN APAKAH YANG DIMILIKI OLEH ORANG BODOH YANG TIDAK PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRINYA SENDIRI ? "
Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :
Puas dengan keadaan diri sendiri , merasa cukup dengan kebaikan yang pernah dilakukan adalah penyebab utama munculnya sifat-sifat yang terpuji, orang yang puas dengan dirinya sendiri akan sentiasa menganggap dirinya baik, dan orang yang sudah menganggap dirinya baik akan dikuasai oleh kelalaian, dan orang yang hatinya lalai tidak akan memperhatikan bisikan-bisikan syahwat , ia akan dengan mudah terjerumus ke dalam jurang maksiat , kerananya Allah s.w.t mengingatkan :
" Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa " ~ al-Najm : ayat 32
nota dari pengajian kelas tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al_Ulum , syek 9 . Kota D`mansara,

Friday, 6 July 2012
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKAM 34
" KELUARLAH DARI SIFAT-SIFAT MANUSIAMU , DARI SETIAP SIFAT YANG BERTENTANGAN DENGAN MAKNA KEHAMBAANMU , SUPAYA ENGKAU MUDAH MENJAWAB PANGGILAN KEBENARAN DAN DEKAT DENGAN KEHADIRAN-NYA "
Pelajaran yang boleh kita diambil dari hikmah ini :
Allah swt menciptakan manusia dengan rupa yang sangat sempurna , memberikannya bekal berupa akal , hati dan perasaan yang semua itu akan diterjemahkan menjadi sikap dan perbuatan , semua sifat yang dikurniai Allah kepada manusia pada asalnya adalah sifat yang bermenafaat bagi kehidupan manusia didunia , namun kesemuanya mesti diarahkan kepada tujuan utama diciptakannya manusia , iaitu menghambakan diri kepada Allah swt.
Jika hawa nafsu menguasai kehidupan seseorang , merasa diri paling benar , lalai , kehilangan rasa takut pada Allah swt dia telah jauh dari makna kehambaan kepada Allah, RasulAllah s.a.w bersabda :
Jika hawa nafsu menguasai kehidupan seseorang , merasa diri paling benar , lalai , kehilangan rasa takut pada Allah swt dia telah jauh dari makna kehambaan kepada Allah, RasulAllah s.a.w bersabda :
" Tidak sempurna iman salah seorang diantara kalian sehingga hawa nafsunya tunduk kepada ajaran yang aku bawa ". : [ al-arbain al- Nawawiyah ]
Tugas berat manusia dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang hamba menuntutnya untuk menghilangkan sifat-sifat yang tidak bersesuaian dengan darjat dirinya sebagai hamba. Dan jika rasa ketundukkan berganti dengan kesombongan , keikhlasan berganti dengan kebanggaan , penyerahan diri berganti dengan kegelisahan , adakah nilai kehambaan yang maseh tersisa ?

nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
surau al-Ulum , Syek 9
kota Damansara , Selangor
bimbingan Ustaz Bari
surau al-Ulum , Syek 9
kota Damansara , Selangor
SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 33
"ALLAH ( YANG MAHA BENAR ) TIDAK TERHALANG OLEH APAPUN, ENGKAULAH YANG TERHALANG DARI MELIHAT-NYA . SEANDAINYA ADA YANG MENGHALANGI -NYA BERARTI IA TELAH MENUTUPI ALLAH , SEANDAINYA ADA YANG MENUTUPI ALLAH BERARTI WUJUD ALLAH ADA PEMBATASNYA , DAN SETIAP PEMBATASAN MESTILAH LEBIH BERKUASA DARI YANG DIBATASI , PADAHAL DIA LAH ALLAH YANG MAHA BERKUASA DIATAS MAKHLUK-MAKHLUK-NYA."
Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :
Perjalanan menuju Allah s.w.t mestilah dilandasi dengan aqidah yang benar , aqidah yang sesuai dengan yang diajarkan oleh baginda RasulAllah s.a.w.dalam al-Quran dan sunnah , keyakinan bahawa Allah s.w.t Maha Kuasa diatas segala makhluk-makhluk-Nya tidak diliputi oleh sesuatu apapun dari makhluk Nya , keyakinan bahaya tiada kekuatan apapun yang boleh menghalangi Allah s.w.t.

Dalam fitrah manusia , hati manusia selalu terkait dengan Allah s.w.t. selalu mengenal-Nya , sentiasa kembali kepada-Nya setiap kali ada musibah yang menimpanya melalui doa , isak tangis , dan rintihan harapan kepada-Nya , manusia secara fitrahnya tidak terhalang dari Allah s.w.t , namun jika manusia mula memasuki liku-liku dunia , terjebak didalam tipu daya dan syahwat dunia , sedikit demi sedikit semua hal itu mulai menghalanginya dari Allah s.w.t setitik demi setitik semua hal itu mulai menjadi noda hitam yang menutupi hatinya dari cahaya Allah s.w.t.
Semakin besar dunia berada dihati seseorang , semakin besar pula penghalang dia dari Allah s.w.t , semakin banyak noda hitam yang menutupi hatinya semakin jauh juga dia dari cahaya Allah s.w.t, sehingga dia lupa bahawa suatu masa dulu ia pernah begitu dekat dengan Allah , ia tidak terhalang dari Allah.
nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari,
bimbingan Ustaz Bari,
surau al-Ulum , syek 9,
kota Damansara , selangor.
kota Damansara , selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)