Thursday, 4 October 2012

IBADAH SOLAT TETAP WAJIB KEATAS PESAKIT


Ana tidak begitu bagus dalam penulisan , lagi-lagi yang melibatkan hukum hakam . Setelah berusaha "walking blog " ana telah menemukan sesuatu info yang boleh kita kongsikan bersama...menarek sangat catatan ni...cubalah baca sahabat sahabatku.

IBADAH SOLAT TETAP WAJIB KEATAS PESAKIT
Oleh: SITI AINIZA KAMSARI

SUSAHLAH! Tidak mengapa di rumah boleh qada! Surau jauh! Tak bawa telekong. Dah lama tidak sembahyang. Tidak tahu caranya dan tidak selesa hendak solat. Semua ini adalah antara alasan yang ditemui menerusi satu kajian yang mendapati hanya 20 peratus daripada pesakit muslim yang berada di wad-wad hospital bersolat. 

Kajian oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) ini mendapati angka itu sebenarnya meningkat berbanding 15 peratus pada tahun lalu.

Fenomena ini tidak menghairankan kerana ada pihak hospital mendakwa Tuhan lebih mengetahui mengenai hamba-Nya yang sedang sakit. Lantas ini dijadikan alasan mereka. 

Namun satu perkara yang jelas, kata Presiden PPIM, Profesor Dr. Abdul Latiff Mohamed, semua tanggapan dan alasan itu adalah tidak benar. Katanya, selagi seorang itu beragama Islam, waima dalam keadaan sedar dan waras, maka tuntutan melakukan solat terhadap mereka adalah wajib.

"Malah jika dalam keadaan sakit, bermakna hubungan orang muslim perlu lebih didekatkan dengan Allah melalui solat.

"Jika mereka percaya kuasa penyembuhan ada pada Allah, maka wajiblah mereka bersolat dan beribadat terhadap-nya. Walaupun setelah melakukan pelbagai usaha rawatan, kita tetap berserah dan bertawakal kepada Allah.

"Semoga dengan solat dan doa munajat pesakit itu, mereka diizinkan Allah untuk tabah menghadapi sakit dan akan sembuh," katanya sewaktu ditemui di Pusat Rawatan Islam An Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini. 

Dr. Abdul Latiff berkata, perkataan uzur tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan alasan untuk pesakit tidak melakukan ibadat.

"Bersolat itu adalah satu kaffarah ke atas dosa dan maksiat yang pernah dilakukan selama ini," katanya. 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Tidaklah seorang muslim ditimpa atau keletihan atau kerisauan atau kedukacitaan atau permasalahan walaupun berupa duri (yang mengenai) melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mungkin timbul persoalan bagaimana pesakit yang dalam pelbagai keadaan rawatan dapat mengambil wuduk dan melakukan ibadat.

Ini termasuklah kes anggota wuduknya seperti tangan atau kaki dalam keadaan berbalut, luka yang tidak boleh terkena air, pesakit sentiasa dalam keadaan berhadas, pesakit yang dalam keadaan terbaring, sehinggalah kepada ibu yang hampir-hampir hendak bersalin. 

Dalam hal ini, kata Dr. Abdul Latiff, pelaksanaan syariat itu terbahagi kepada dua jenis. Pertama, azimah yang merupakan hukum yang menyeluruh untuk semua mukalaf dan untuk semua keadaan tanpa kecuali. 

"Hukum yang kedua ialah rukhsah, satu keringanan yang disyariatkan kerana keuzuran melampau termasuk sakit dan sedang menjalani rawatan dan pemulihan," katanya.

Firman Allah dalam surah Al Haj, ayat 78 bermaksud: Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.

Rukhsah membolehkan pesakit yang anggota wuduknya berbalut atau bertampal plaster, terutama muka, tangan dan kaki, hanya perlu menyapukan air ke atas balutan itu.

BERWUDHUK
Cara ini mencontohi kisah yang diriwayatkan daripada Saidina Ali bin Abi Talib: "Salah satu sendiku patah. Aku bertanya Nabi Muhammad mengenai cara berwuduk. Baginda menyuruhku menyapu air ke atas pembalut di bahagian yang patah itu. (Riwayat Ibnu Majah dan Al Dar Qutni)

"Ada juga disebutkan selain menyapu air di bahagian yang berbalut itu, pesakit juga perlu bertayamum," kata Dr. Abdul Latiff. 

Namun ada pendapat lain mendakwa tidak wajib seseorang pesakit itu bertayamum sekiranya dia membasuh anggotanya yang sihat dan menyapu balutan itu dengan air.

Menurut Dr. Abdul Latiff, jika anggota wuduk pesakit luka, mengalami penyakit kulit dan sebagainya yang menyebabkan mereka tidak boleh terkena air, pesakit perlu bertayamum. 

Pesakit yang tidak boleh menggunakan mana-mana cara sama ada menyapu air atau bertayamum kerana boleh memudaratkan pesakit (seperti terbakar seluruh badan), mereka hendaklah melakukan solat dalam keadaan tidak bersuci (berhadas).

Bagi pesakit yang sentiasa dalam keadaan berhadas, iaitu memakai colostomy bag (beg menampung najis) atau continous bladder drainage (salur tiub kencing), mereka juga tidak terkecuali daripada mengerjakan ibadat.

"Sebelum berwuduk seperti biasa, mereka perlu terlebih dahulu menanggal atau membuka salur atau beg plastik yang berisi najis itu dan digantikan dengan yang baru atau dibersihkan beg tersebut. Kemudian dibersihkan juga bahagian tempat keluar najis itu," katanya.

Jelas beliau, jika najis keluar semasa pesakit melakukan solat, pesakit boleh meneruskan solat tersebut.

"Najis yang keluar itu dimaafkan kerana kesukaran dan darurat," katanya.

Selain soal wuduk, beberapa perkara lain juga perlu disesuaikan sebelum pesakit dapat mengerjakan solat mereka. Ini termasuklah soal aurat yang perlu dijaga selagi terdaya.

"Pakailah pakaian yang memadai asalkan ia boleh menutup aurat. Jika tidak mampu mintalah pertolongan orang lain untuk menutupnya," katanya. Begitu juga mengenai arah kiblat, pesakit perlu berusaha untuk mencari arah itu.

"Tetapi jika tidak boleh mengubah kedudukan seperti solat atas katil wad, terpaksa berbaring dan sebagainya maka menghadaplah ke arah mana yang termampu," katanya.

Yang pasti, walaupun terpaksa menanggung kesakitan atau menjalani rawatan intensif, selagi pesakit dalam keadaan waras dan sedar mereka masih wajib mengerjakan ibadat solat.

"Namun dalam beberapa aspek diringankan perkara seperti menyapu air, bertayamum dan seterusnya pesakit boleh melakukan solat mengikut keadaan yang terdaya.

"Ini termasuklah sama ada secara duduk, baring, mengiring dan melalui kerdipan mata," kata Dr. Abdul Latiff.

Beliau tidak menafikan bagi menjayakan ibadat, seseorang pesakit itu perlu dibantu.

"Kita tidak bermaksud untuk menambah tugas jururawat tetapi jika pesakit perlukan bantuan wajiblah mana-mana pihak membantu mereka termasuk mengingatkan waktu solat.

"Bagi jururawat wanita, mereka boleh memakai sarung tangan bagi mengelakkan batal air sembahyang semasa mengendalikan pesakit lelaki," katanya.

Dr. Abdul Latiff berharap lebih banyak hospital dapat menyediakan pegawai-pegawai agama dan buku-buku panduan mengerjakan solat bagi membolehkan pesakit muslim melaksanakan ibadat itu. 



DIANTARA PERALATAN YANG PERLU KITA BAWA KETIKA DIMASUKKAN KE WAD SELAIN DARI PERALATAN PENJAGAAN PERIBADI :



1. AL-QURAN TERJEMAHAN 




Al-Quran terjemahan yang mudah dibawa bersaiz kecil ( ikut kemampuan mata untuk membaca )



2. TELEKONG HARIAN ATAU TELEKONG MUSAFIR ( dalam beg yang bersaiz keci )


mudah dimasukkan kedalam beg : beg nya bersaiz kecil saja.

3. SEJADAH YANG RENGAN / TUALA / KAIN YANG BERSEH 


Sejadah yang rengan
4. SARUNG LENGAN  DAN SARUNG KAKI ( jika boleh disarungkan )


sarung lengan yang biasa dipakai oleh muslimah

Semoga dengan perkongsian ilmu ini akan menjadi bimbingan disaat-saat kita perlu lalui....
Jadikanlah diri kita orang yang berilmu dan beramal dengan nya...jangan letakkan diri kita dikalangan orang yang tidak berilmu tetapi mahu beramal takut-takut segala amalan kita tidak diterima malah menjadi kemudaratan pada diri kita.



PESANAN UNTUK DIRIKU DAN SAHABAT-SAHABAT YANG DIKASEHI..

Melalui pengalaman ketika sakit berada didalam wad....
Ana telah melihat beberapa orang pesakit tidak menjaga solat dan aurat mereka...mungkin mereka tidah mempunyai ilmu atau tidak mengambil iktibar apa yang sedang mereka hadapi.Ana ingin berpesan kepada diri ana dan sahabat -sahabat  : CARILAH DAN TUNTUTLAH ILMU UNTUK DIAMALKAN KETIKA DIRI KITA TERLANTAR SAKIT DENGAN UJIAN DARI ALLAH.

1. BELAJARLAH BACA AL-QURAN YANG SEBAIK MUNGKIN.
2. FAHAMKAN HUKUM -HUKUM FIQH BERKAITAN DENGAN AURAT ,WUDHUK DAN SOLAT.
3. BERSEDIA DENGAN ZIKIR-ZIKIR HARIAN UNTUK MENGISI MASA-MASA YANG TERLUANG.


INGAT LIMA PERKARA
Print
 Image Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.

        Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.

        Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara   sebelum datangnya lima perkara.  
  Pertama : masa sihat sebelum sakit.
 Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
 Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. 
 Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan
 kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).         

        Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
        Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.
         Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.

         Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.

         Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.

         Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.

        Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.

        Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.

        Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.

        Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.
        Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."

Mohon maaf jika artikal ini menyinggung hati sesiapa....sekadar ingat mengingatkan...

Tuesday, 2 October 2012

DETIK-DETIK PERINGATAN ALLAH UNTUK DIRI KU

bersama insan-insan tersayang...suami dan ibu tersayang

Dari Abu Dzar Al Ghifari radhiallahuanhu dari Rasulallah SAW sebagaimana beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahawa Dia berfirman :

" Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) diantara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim."

"Wahai hamba-Ku , semua kalian adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah , maka mintalah hidayah kepada-Ku niscaya Aku akan memberikan kalian hidayah "


saat-saat diuji dengan kesakitan pada 28hb sept -30hb sept 2012

" Wahai hamba-Ku , kalian semuanya kelaparan kecuali siapa yang Aku beri kepadanya makanan, maka mintalah makan kepada-Ku niscaya Aku berikan kalian makan "

" Wahai hamba-Ku , kalian semuanya telanjang kecuali siapa yang Aku berikan kepadanya pakaian , maka mintalah pakaian kepada- Ku niscaya Aku berikan kalian pakaian "

" Wahai hamba-Ku , kalian semuanya melakukan kesalahan pada malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni "

" Wahai hamba-Ku , sesungguhnya tidak ada kemudaratan yang dapat kalian lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang kalian berikan kepada- Ku"

wajah seorang suami yang setia dalam kesabaran ketika isterinya terlantar sakit
Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah....! Allah telah memberi kepadaku peringatan sebelum ajal datang menjemput...InsyaAllah akan ku isikan sisa-sisa kehidupanku ini dengan amal ibadah yang terbaik sebagai bekalan kehidupan diakhirat...Aamiin.




SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 37

" ALLAH TELAH ADA DAN TIADA SESUATU BERSAMA-NYA , DAN DIA KINI SEBAGAIMANA DIA TELAH ADA "

Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Allah pencipta segalanya , Dia telah ada sebelum segalanya. Segalanya adalah makhluk kepada- Nya. Dia adalah Rabb , Tuhan ,Pencipta, Pengatur, Penguasa, Penjaga , Pemberi rezeki dan Pemilik segalanya. Allah adalah wujud yang hakiki, sementara manusia ada kerana diciptakan oleh-Nya.

Demikianlah hakikat yang tidak akan berubah , manusia akan tetap menjadi hamba, dan Allah akan selama-lamanya menjadi satu-satunya yang haq untuk disembah. Sedar atau tidak, beriman ataupun tidak manusia tetaplah hamba kepada Allah, jika hati manusia tidak ingin mendengar perintah Allah, maka jantungnya akan sentiasa berdenyut dan berhenti atas perintah-Nya.

"Tidak ada sesiapapun dilangit dan dibumi melainkan ia akan datang kepada ( Allah) Ar-Rahman , sebagai hamba " ~ surah Maryam : 93

Jika demikian hakikat kita sebagai manusia dan hakikat segala benda yang ada di dunia ini jika dibandingkan dengan Allah, maka patutkah kita menyembah selain Allah, mengharap kepada selain Allah, meminta kepada selain Allah, meyakini keabadian selain Allah.


nota dari pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Barry ,
Surau al-Ulum,syek 9,

Kota Damansara, Selangor.

Sunday, 30 September 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 36


" CAHAYA AKAL AKAN MEMPERLIHATKAN KEDERKATAN-NYA DARIMU , MATA HATI AKAN MEMPERLIHATKAN KETIADAANMU DIHADAPAN-NYA, DAN PANDANGAN HAKIKI HANYA MEMPERLIHATKAN KEBERADAAN-NYA, BUKAN KETIADAANMU DAN BUKAN JUGA KEBERADAANMU "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Allah menjadikan akal manusia sebagai syarat mutlak wajibnya beribadah , ibadah dan ketaatan hanya diwajibkan bagi orang-orang yang memiliki akal. Akal juga adalah salah satu jambatan yang menghubungkan manusia kepada Sang Pencipta , yang mengajarkan manusia untuk mengenal kewujudan Allah . Allah akan membawa kita pada suatu keyakinan bahawa Allah s.w.t dekat dengan kita, kemana pun kita pergi, dimanapun kita berada Dia sentiasa mendengar , Dia sentiasa melihat , Dia sentiasa mengawasi.

Mata hati yang disinari dengan kimanan dan penyerahan diri pada Allah , akan sentiasa merasakan bahawa segala amal kebaikan yang manusia lakukan adalah tawfiq ataupun kemudahan yang datang dari Allah , bukan sekadar perbuatan yang manusia lakukan kerana memilki masa, kekuatan dan keinginan.

" Dan mereka berkata ; segala puji bagi Allah yang telah memberikan kami petunjuk kepada perkara ini , dan kami tidak mungkin mendapatkan petunjuk seandainya Allah tidak memberikannya kepada kami " 
~ surah al_A`raf : ayat 43.

Hidayah dari Allah bermula dari usaha manusia untuk mendapatkannya, dan Allah hanya memberikannya kepada orang-orang yang Dia cintai.


nota dari pengajian kelas tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
surau al-Ulum , syek 9, Kota Damansara
Selangor 

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 35

" ASAL DARI SEMUA MAKSIAT , KELALAIAN , DAN SYAHWAT ADALAH MERASA PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRI SENDIRI , DAN ASAL DARI SEMUA KETAATAN , KESEDARAN , KESUCIAN JIWA ADALAH TIDAK MERASA PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRI SENDIRI.
BERSAHABAT DENGAN ORANG BODOH YANG TIDAK MERASA PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRINYA , LEBEH BAIK DARIPADA BERSAHABAT DENGAN ORANG PANDAI YANG PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRINYA , DAN KEBODOHAN APAKAH YANG DIMILIKI OLEH ORANG BODOH YANG TIDAK PUAS DENGAN ( KEBAIKAN ) DIRINYA SENDIRI ? "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Puas dengan keadaan diri sendiri , merasa cukup dengan kebaikan yang pernah dilakukan adalah penyebab utama munculnya sifat-sifat yang terpuji, orang yang puas dengan dirinya sendiri akan sentiasa menganggap dirinya baik, dan orang yang sudah menganggap dirinya baik akan dikuasai oleh kelalaian, dan orang yang hatinya lalai tidak akan memperhatikan bisikan-bisikan syahwat , ia akan dengan mudah terjerumus ke dalam jurang maksiat , kerananya Allah s.w.t mengingatkan :
" Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa "  ~ al-Najm : ayat 32



nota dari pengajian kelas tasawuf
bimbingan Ustaz Barry
Surau al_Ulum , syek 9 . Kota D`mansara,


Friday, 6 July 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKAM 34


" KELUARLAH DARI SIFAT-SIFAT MANUSIAMU , DARI SETIAP SIFAT YANG BERTENTANGAN DENGAN MAKNA KEHAMBAANMU , SUPAYA ENGKAU MUDAH MENJAWAB PANGGILAN KEBENARAN DAN DEKAT DENGAN KEHADIRAN-NYA "

Pelajaran yang boleh kita diambil dari hikmah ini :

Allah swt menciptakan manusia dengan rupa yang sangat sempurna , memberikannya bekal berupa akal , hati dan perasaan yang semua itu akan diterjemahkan menjadi sikap dan perbuatan , semua sifat yang dikurniai Allah kepada manusia pada asalnya adalah sifat yang bermenafaat bagi kehidupan manusia didunia , namun kesemuanya mesti diarahkan kepada tujuan utama diciptakannya manusia , iaitu menghambakan diri kepada Allah swt.

Jika hawa nafsu menguasai kehidupan seseorang , merasa diri paling benar , lalai , kehilangan rasa takut pada Allah swt dia telah jauh dari makna kehambaan kepada Allah, RasulAllah s.a.w  bersabda :

" Tidak sempurna iman salah seorang diantara kalian sehingga hawa nafsunya tunduk kepada ajaran yang aku bawa ". : [ al-arbain al- Nawawiyah ]

Tugas berat manusia dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang hamba menuntutnya untuk menghilangkan sifat-sifat yang tidak bersesuaian dengan darjat dirinya sebagai hamba. Dan jika rasa ketundukkan berganti dengan kesombongan , keikhlasan berganti dengan kebanggaan , penyerahan diri berganti dengan kegelisahan , adakah nilai kehambaan yang maseh tersisa ?


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
surau al-Ulum , Syek 9
kota Damansara , Selangor

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 33


"ALLAH ( YANG MAHA BENAR ) TIDAK TERHALANG OLEH APAPUN, ENGKAULAH YANG TERHALANG DARI MELIHAT-NYA . SEANDAINYA ADA YANG MENGHALANGI -NYA BERARTI IA TELAH MENUTUPI ALLAH , SEANDAINYA ADA YANG MENUTUPI ALLAH BERARTI WUJUD ALLAH ADA PEMBATASNYA , DAN SETIAP PEMBATASAN MESTILAH LEBIH BERKUASA DARI YANG DIBATASI , PADAHAL DIA LAH ALLAH YANG MAHA BERKUASA DIATAS MAKHLUK-MAKHLUK-NYA."

Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Perjalanan menuju Allah s.w.t mestilah dilandasi dengan aqidah yang benar , aqidah yang sesuai dengan yang diajarkan oleh baginda RasulAllah s.a.w.dalam al-Quran dan sunnah , keyakinan bahawa Allah s.w.t  Maha Kuasa diatas segala makhluk-makhluk-Nya tidak diliputi oleh sesuatu apapun dari makhluk Nya , keyakinan bahaya tiada kekuatan apapun yang boleh menghalangi Allah s.w.t.

Dalam fitrah manusia , hati manusia selalu terkait dengan Allah s.w.t. selalu mengenal-Nya , sentiasa kembali kepada-Nya setiap kali ada musibah yang menimpanya melalui doa , isak tangis , dan rintihan harapan kepada-Nya , manusia secara fitrahnya tidak terhalang dari Allah s.w.t , namun jika manusia mula memasuki liku-liku dunia , terjebak didalam tipu daya dan syahwat dunia , sedikit demi sedikit semua hal itu mulai menghalanginya dari Allah s.w.t setitik demi setitik semua hal itu mulai menjadi noda hitam yang menutupi hatinya dari cahaya  Allah s.w.t.

Semakin besar dunia berada dihati seseorang , semakin besar pula penghalang dia dari Allah s.w.t , semakin banyak noda hitam yang menutupi hatinya semakin jauh juga dia dari cahaya Allah s.w.t, sehingga dia lupa bahawa suatu masa dulu ia pernah begitu dekat dengan Allah , ia tidak terhalang dari Allah.


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari,
surau al-Ulum , syek 9,
kota Damansara , selangor.


SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 32


"KEINGINANMU UNTUK MENGENAL KEKURANGAN-KEKURANGANMU YANG TERSEMBUNYI , LEBIH BAIK DARIPADA KEINGINANMU UNTUK MELIHAT PERKARA-PERKARA GHAIB YANG TAK NAMPAK "

Pelajaran yang boleh diambil dari  hikmah ini :

Munculnya keajaiban-keajaiban dari tangan sesaorang bukanlah pertanda orang itu telah dekat dengan Allah s.w.t , kemampuan sesaorang untuk menyembuhkan penyakit juga bukan sebuah bukti dia adalah wali Allah , orang yang dekat dengan Allah adalah orang bertakwa yang berpegangan kepada nilai-nilai keimanan , orang yang istiqamah dalam menjalankan ajaran Nya.

Tujuan sesaorang itu beribadah adalah mendekatkan diri kepada Allah , mencari keredhoan Nya , bukan untuk mendapatkan pengalaman-pengalaman spiritual bermimpi berjumpa dengan nabi , malaikat , jin , dan lain sebagainya , meskipun terkadang Allah s.w.t membuka tabir yang ghaib bagi hamba-hamba pilehan Nya, namun itu bukanlah tujuan tetapi hanyalah sebuah pemuliaan dan mungkin juga sebuah ujian untuk membuktikan kebenaran ibadah dan keikhlasan hamba Nya. Yang lebeh penting dari mencari itu semua adalah berusaha untuk mengenal kekurangan- kekurangan yang maseh banyak tersembunyi didalam diri kita , akhlah-akhlak tercela mungkin sering kita lakukan namun tidak kita sedari kerana telah menjadi kebiasaan , kesombongan , ketamakan yang mungkin mendominasi sikap dan tingkah laku kita.

Al-Imam al-Ghazaly mengajarkan empat cara seseorang mengetahui kekurangan yang ada pada dirinya , melalui seorang guru yang telah mengenal dengan baik penyakit-penyakit hati dan cara penyembuhannya , bersahabat dengan sahabat yang jujur yang sentiasa perihatin , hidup dengan masyarakat yang mungkin dengan melihat kekurangan yang ada pada orang lain menyedarkan kita akan kekurangan-kekurangan yang ada pada kita , dan yang terakhir seseorang boleh mengetahui kekurangannya melalui musuhnya , melalui orang yang hasad dan dengki kepadanya. 


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan ustaz Bari
surau al-Ulum , syek 9
Kota Damansara , selangor.

SYARAHAN KITAB AL- HIKAM : HIKMAH 31


" ORANG YANG BERJALAN MENUJU ALLAH MENDAPATKAN PETUNJUK MELALUI CAHAYA YANG TERPANCAR DARI IBADAH YANG MEREKA LAKUKAN , SEDANGKAN ORANG YANG TELAH SAMPAI , MEREKA MEMANCARKAN CAHAYA KEDEKATAN DENGAN ALLAH.
GOLONGAN PERTAMA ( ORANG YANG BERJALAN MENUJU ALLAH ) TERUS BERJUANG UNTUK MERAIH CAHAYA MILEK MEREKA , SEDANGKAN 
GOLONGAN KEDUA  ( ORANG YANG TELAH SAMPAI ) CAHAYA ADALAH MILEK MEREKA , KERANA DIRI MEREKA HANYALAH UNTUK ALLAH , BUKAN UNTUK SELAIN NYA."

" KATAKANLAH : ( HANYA ) ALLAH , DAN BIARKAN ( MANUSIA YANG TIDAK MENGINGINKAN CAHAYA ) BERMAIN DIDALAM KESIBUKAN MEREKA "


Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Keimanan , Ibadah dan ketaatan yang dilakukan oleh seorang mukmin adalah pelita yang menerangi perjalanan hidupnya , adalah cahaya petunjuk yang membimbingnya selama menempuh perjalanan menuju Allah s.w.t . Firman Allah : surah Yunus : ayat 9

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal- amal soleh , mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanan mereka, dibawah mereka mengalir sungai-sungai didalam syurga yang penuh kenikmatan "

Petunjuk ( hidayah ) dari Allah s.w.t hanya didapatkan oleh orang-orang yang ingin mendapatkannya , petunjuk itu akan membawanya kepada Allah s.w.t , dan jika dia telah sampai dia tidak lagi memerlukan cahaya , kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah , Pencipta segala cahaya .


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
surau al - Ulum , syeksyen 9,
Kota Damansara , selangor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 30

" HENDAKLAH ORANG YANG MEMILIKI KELUASAN MENDERMAKAN SEBAHAGIAN DARI KEKAYAANNYA - IAITU ORANG YANG SAMPAI KEPADA ALLAH, DAN ORANG YANG TERBATAS REZEKINYA - IAITU ORANG YANG SEDANG BERJALAN MENUJU ALLAH "

Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini .

Orang yang telah dekat dengan Allah swt yang mengenal Allah tanpa perlu bukti dari makhluk-makhluk Nya berkewajipan untuk melaksanakan hak-hak Allah swt dengan sempurna , dia juga berkewajipan mengajak orang lain untuk bersama-sama menanam dan memupuk kecintaan kepada Allah swt , ia berkewajipan menginfakkan ilmu dan hikmah yang telah Allah kurniakan kepadanya.

Orang yang sedang berjalan menuju Allah , yang sentiasa berusaha untuk menghilangkan debu-debu hawa nafsu yang mengotori hati dan perbuatannya , debu-debu yang sering menjauhkan mereka dari jalan Allah swt, orang yang terkadang diselimuti oleh keraguan namun terus berjuang , terus belajar , mencuba mencari bukti kebenaran ayat-ayat Allah , berusaha untuk tetap berjalan di jalan Allah.

Orang yang sedang berjalan menuju Allah juga berkewajipan mendermakan ilmu dan hikmah yang mereka dapatkan kepada orang lain , walaupun sedikit yang mereka mileki , kerana jalan menuju Allah bukanlah jalan yang boleh dilalui dengan persendirian , jalan menuju Allah adalah :
   
" Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniai nikmat "


Jalan menuju Allah adalah jalan para nabi , para siddiqin , para syuhada , dan jalan orang-orang yang soleh , jalan menuju Allah adalah jalan kita bersama.


nota dari kelas tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
Surau al - Ulum ,syek 9 ,
Kota Damansara , Selangor.


Thursday, 24 May 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 29

"JAUH BERBEZA ANTARA ORANG YANG MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI PENUNJUK DENGAN ORANG YANG SELALU MENCARI BUKTI KEBENARAN-NYA. ORANG YANG MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI PENUNJUK MENGETAHUI KEBENARAN ADALAH MILIK-NYA DAN MENETAPKANNYA SESUAI DENGAN ASALNYA.
MENCARI BUKTI KEBENARAN-NYA ADALAH PETANDA BELUM SAMPAI KEPADA-NYA, KERANA BILAKAH ALLAH TIADA SEHINGGA KITA MENCARI BUKTI KEBENARAN-NYA ? BILAKAH DIA JAUH SEHINGGA BUKTI-BUKTI SAHAJA YANG BISA MEMBAWA KITA KEPADA-NYA "



Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Orang yang beriman meyakini bahawa wujud Allah adalah wujud yang hakiki, kebenaran yang diberikan oleh Allah adalah kebenaran yang hakiki, dia meyakini bahawa Allah swt sentiasa bersamanya, mendengar, melihat dan mengawasi.

Orang yang beriman meyakini bahawa semua yang disampaikan oleh utusan Allah swt dalam al-Quran dan sunnah adalah ajaran kebenaran, penuntun hidup, dan penerang untuk semua kegelapan, hatinya akan mengajaknya untuk menerima semua yang diajarkan oleh baginda RasulAllah s.a.w. , meskipun terkadang berat, tidak sesuai dengan jalan fikiran kebanyakan orang.

Orang yang dekat dengan Allah swt tidak memerlukan bukti adanya Allah, tidak memerlukan bukti kebenaran ayat-ayat Allah, tidak memerlukan bukti kebenaran ajaran RasulAllah s.a.w , kerana mereka meyakini bahawa bukan bukti yang membawa mereka kepada Allah, tetapi Allah yang membawa kita kepada Nya.


nota dari kelas pengajian tasawuf
bumbingan Ustaz Bari
Surau al-Ulum , syek 9
Kota Damansara, PJ , S`ngor.


SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 28

" APA YANG TERSIMPAN DI DALAM LUBUK HATI AKAN TAMPAK PADA KESAKSIAN ZAHIR "


Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Yang menjadi penggerak manusia untuk melakukan perbuatan adalah hati dan jiwa , anggota tubuh yang zahir hanyalah pelaksana dari bisikan-bisikan yang keluar dari dalam lubuk hati. Jika hati manusia dipenuhi cahaya Allah , cahaya itu akan terpancar pada sikap dan perbuatan , cahaya tersebut akan menjadi sinar yang menerangi ucapan dan raut wajahnya,

Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukanlah sebatas kesaksian dalam ucapan, bukan hanya sekadar keyakinan yang tertanam di dalam jiwa, tetapi lebih dari itu, keimanan adalah penggerak manusia untuk melakukan amal kebaikan, zahir manusia adalah cerminan dari keimanan yang ada didalam hati ,
 Allah swt berfirman : surah al- Maun
                         " Tahukah kamu  (orang ) yang mendustakan hari akhirat ?.
                            Itulah orang yang mengherdik anak yatim .
                            dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
                            Maka kecelakaan lah bagi orang-orang yang solat,
                            (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
                            orang-orang yang berbuat riya ,
                            dan enggan memberikan pertolongan "





nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bary
surau al-Ulum , syek 9
Kota Damansara, PJ, S`ngor.

Wednesday, 23 May 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 27

" ORANG YANG PADA AWALNYA CEMERLANG , AKHIRNYA PUN AKAN CEMERLANG "

Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Kerjakan sesuatu dengan permulaan yang baik ,kerana awal yang baik akan membawa kita kepada akhir yang baik, awali semua kebaikan dengan menyebut asma Allah , dengan mengucap bismillah , dengan kembali kepada Allah swt memperhatikan hukum Nya , merasakan pengawasan Nya, mengharapkan rahmat dan keridhoan Nya.

Perjalanan hidup di dunia dengan beraneka ujian kesenangan dan kesulitan yang dihadapi adalah permulaan bagi kehidupan akhirat yang kekal abadi, orang yang menerangi perjalanan hidupnya didunia dengan keindahan cahaya Allah, akan menikmati kehidupan diakhirat dibawah naungan rahmat Allah.

Sebaliknya orang yang berpaling dari cahaya dan ajaran Allah di dunia akan jauh dari kaseh dan sayang Allah di akhirat, Allah swt berfirman
                  " Dan barangsiapa yang buta ( hatinya dari cahaya kebenaran ) di dunia ini , nescaya di akhirat  ( nanti ) ia akan buta ( dari jalan keselamatan ) dan lebeh tersesat jalan Nya ( yang benar )" 
  ~surah al - Isra` : ayat 72

nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
surau al-Ulum , syek 9

Kota Damansara, Pj, S`ngor.


SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 26





" DIANTARA TANDA KEJAYAAN DI AKHIR ADALAH KEMBALI KEPADA ALLAH DI PERMULAAN "


Pelajaran yang dapat diambil dari hikmah ini :

Diantara doa yang sering kita panjatkan kepada Allah swt adalah meminta Nya agar mengakhiri hidup kita dengan husnul khotimah, menutup kehidupan kita dengan akhir yang baik ,namun sebahagian orang menyangka bahawa akhir yang baik dapat diraih dengan mudah disaat-sat terakhir sebelum datangnya kematian, ia merasa boleh kembali kepada Allah jika usia tua datang atau jika penyakit tenat mengujinya.

Kesudahan yang baik adalah hasil permulaan yang baik, permulaan yang baik adalah kembali kepada Allah dan mengembalikan segala urusan kepada Allah, permulaan yang baik adalah memperbaiki hubungan dengan Allah, menerapkan ajaran Allah didalam setiap sendi kehidupan kita, menyerahkan diri kita secara menyeluruh kepada Allah swt , menyakini bahawa diri ini tidak memileki daya dan upaya tanpa ada pertolongan dari Allah swt.

Ketika Imam Syafi`i  r.a meninggal dunia,salah seorang cucu keturunan rasulullah saw, sayyidah Nafisah r.a mengucapkan sebuah pujian mengenang Imam : "semoga Allah merahmati Syafi`i ,dia adalah orang yang baik dalam berwudhu` ". sebuah pujian yang sangat sederhana namun mengandung makna yang sangat besar, wudhu` adalah lambang dari sebuah permulaan yang baik , wudhu`adalah lambang kesucian, wudhu` adalah kunci dari solat, dan solat adalah munajat dan penguat hubungan dengan Allah, solat adalah perjumpaan dengan Allah swt, pujian tersebut mengisyaratkan bahawa Imam Syafi`i telah mempersiapkan dirinya dengan baik untuk bertemu dengan Allah, akhir yang baik hanya akan didapatkan dengan permulaan yang baik.




nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bary
surau al-Ulum , syek 9
kota Damansara ,PJ , S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 25






" TIDAK AKAN TERHENTI SUATU PERMINTAAN YANG ENGKAU PINTA DENGAN BERGANTUNG KEPADA ALLAH , DAN TIDAK AKAN MUDAH PERMINTAAN YANG ENGKAU PINTA DENGAN BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI "




Pelajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Kekuatan sesuatu benda adalah pada dimana dia bergantung atau berpijak , bangunan yang besar jika didirikan diatas pondasi yang tidak kukuh akan segera tumbang, pokok yang tidak mempunyai akar kuat akan mudah roboh jika tertiup angin, demikian juga manusia yang hanya bersandarkan kepada kekuatan dan usaha dirinya sendiri atau pada kekuatan apapun di dunia ini , akan mengalami kehancuran dengan mudah.

Bertawakal atau bersandar kepada Allah swt adalah sifat seorang mukmin, sifat orang yang berjalan menuju Allah, sifat yang sentiasa ditanamkan oleh rasulallah saw kepada umatnya, sifat yang membuat seorang mukmin menjadi kuat dalam menghadapi perbagai rintangan yang ada didalam kehidupannya, sifat yang membuat umat islam berjaya memimpin dunia selama berkurun-kurun, rasulallah pernah berpesan kepada Ibnu Abbas ketika beliau maseh kecil :
                         " jika engkau meminta, mintalah kepada Allah, jika engkau perlukan pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah " HR al-Tirmidzi.

Apabila sesuatu keinginan diserahkan kepada Allah swt maka menjadi hak Allah swt untuk mengabulkannya, Allah akan memberinya rezeki dan kemudahan dari tempat yang tidak ia kira, orang yang bertawakkal kepada Allah , maka cukuplah baginya Allah .




nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
surau al-Ulum ,syek 9
Kota Damansara, PJ ,s`ngor

Wednesday, 25 April 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 24


"JANGAN HAIRAN DENGAN TERJADINYA PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BAIK SELAGI ENGKAU MASEH DI ALAM INI, KERANA DUNIA HANYA MEMBERIKAN APA YANG TELAH MENJADI SIFATNYA "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Dunia dijadikan oleh Allah swt sebagai tempat beramal untuk kehidupan yang abadi di akhirat kelak, dia dipenuhi dengan ujian, kesulitan,kesedehan dan bebagai macam cobaan, dan hanya menggantungkan kepada sumber kebahagiaan yang hakiki, hanya menggantungkan dan menyerahkannya kepada Allah.

Keredhoan dengan apa yang telah dipileh oleh Allah untuk kita adalah tingkatan kesabaran yang paling tinggi, seorang mukmin tidak lagi merasakan kesulitan yang dia hadapi sebagai penghalang untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki, dia tidak menganggap perintah dan larangan allah sebagai suatu yang mempersempit kehidupannya, dan jika didalam hatinya muncul rasa berat untuk melaksanakan perintah-Nya, dia akan tetap melaksanakannya dan menghiasi hatinya dengan indahnya kesabaran, rasulullah bersabda :
                 "Jika engkau mampu beramal untuk Allah dengan penuh keredhoan dan keyakinan maka lakukanlah, dan jika tidak mampu ( maka bersabarlah ) sesungguhnya didalam kesabaran menjalankan apa yang tidak engkau sukai terdapat kebaikan yang banyak "                                          HR : al-Bahaqi dalam kitab syuabul iman


nota dari kelas pengajian tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
surau Al-Ulum ,syek 9
Kota Damansara ,PJ,S`ngor


SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 23

"JANGAN MENUNGGU HABISNYA HAL-HAL YANG MENYEBUKKANMU , KERANA IA AKAN MEMUTUSKAN RASA DIAWASI OLEH ALLAH PADA TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN BAGIMU"


Pengajaran yang boleh diambil dari hikmah ini :

Dunia dengan segala problematika dan kesebukkannya adalah ujian dan cabaran bagi manusia , sebesar apapun usaha manusia untuk keluar dari sebuah masalah dalam kehidupan , dia akan masuk kedalam pemasalahan lain yang mungkin jauh lebeh besar, ianya akan terus berulang selama dia maseh memegang identiti sebagai seorang manusia yang hidup di alam dunia.

Orang yang berjalan menuju Allah bukanlah orang-orang yang memutuskan hubungannya dengan dunia, dengan keluarga, dengan sahabat untuk mendapatkan kepuasan ruhiyyah, akan tetapi orang yang menjadikan seluruh bagian dalam kehidupan di dunia, menjadikan keluarga, sahabat, masyarakat sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai jalan sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai jalan untuk mendapatkan keredhoan-Nya.

Orang yang hanya merasakan dekat dengan Allah ketika dia sedang sendiri, ketika sedang solat, ketika sedang beruzlah, namun tidak merasakan kehadhiran Allah ketika sedang bersama dengan orang lain adalah orang yang telah memutuskan rasa murakabah, rasa selalu diawasi oleh Allah swt..


nota dari kelas tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
surau Al-Ulum, syek 9.
Kota Damansara, PJ.S`ngor.

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 22

" SETIAP NAFAS YANG ENGKAU HEMBUSKAN  ADALAH BAGAIKAN DARI TAKDIR-NYA UNTUKMU YANG DIA TETAPKAN "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Kehidupan manusia ini adalah hembusan nafasnya, selama manusia maseh diizinkan untuk bernafas, semasa itu juga manusia hidup didunia ini, nafas adalah ketentuan dari Allah , nafas adalah bahagian dari takdir Allah, nafas adalah nikmat yang besar dari Allah yang tidak ada seorang pun mengetahui berapa banyak nafas yang ia telah hembuskan dan berapa besar rasa syukur yang harus dia tunaikan. Seandainya engkau mencuba menghitung nikmat Allah, engkau tidak akan bisa.

Qada adalah ilmu Allah yang maha luas yang mengcukupkan apa yang telah, sedang dan akan terjadi, setiap perincian dalam kehidupan manusia telah diketahui oleh Yang Maha Mengetahui, sedangkan Qadar             ( takdir ) adalah terjadi apa yang telah Allah ketahui.

Qada dan qadar juga bererti kekuasaan dan ketetapan Allah yang berlaku kepada seluruh makhluk-Nya. Dan diantara ketetapan Allah bagi manusia adalah Dia membagi perbuatan manusia kepada dua :
Yang pertama adalah perbuatan yang terjadi pada manusia tanpa dia sedari ( af`al idhthirariyyah ) seperti detak  jantung, kedipan mata, bernafas, aliran darah.
Yang kedua adalah perbuaan yang manusia lakukan berdasarkan pilehan dan kesedaran                             ( af`al ikhtiyariyyah ) saperti berjalan, makan, minum, solat, berzikir, dan lain sebagainya, dan perbuatan yang seperti inilah manusia memiliki ikhtiar ( pilehan) yang akan dimintai pertanggungjawaban diakhirat.

Seorang manusia mengimani bahawa kedua perbuatan diatas ( af`al idhthirariyyah dan af`al ikhtiyariyyah ) tidak akan terjadi tanpa izin dan kehendak-Nya.



nota dari klas tasawuf
bimbingan Ustaz Bari

Surau Al-Ulum,syek 9
Kota Damansara,PJ,S`ngor.

Tuesday, 24 April 2012

SYARAHAN KITAB AL-HIKAM : HIKMAH 21

" PERMINTAAN MU DARI-NYA  SEAKAN-AKAN SEBUAH TUDUHAN BAGI-NYA , PENCARIAN MU TERHADAP-NYA ADALAH TERTUTUPNYA DIRIMU DARI ( CAHAYA)-NYA. PENCARIANMU AKAN SELAIN-NYA MENUNJUKKAN SEDIKITNYA RASA MALUMU KEPADA-NYA , PERMINTAANMU SELAIN DARI-NYA ADALAH KERANA JAUHNYA DIRIMU DARI-NYA "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Namrud memutuskan  untuk menghukun nabiyullah Ibrahim kerana telah menghancurkan berhala-berhala mereka, kobaran api telah dinyalakan menyambut nabi Ibrahim yang dibawa dalam keadaan terikat , tidak ada keringanan hukum, tiada kesempatan untuk lolos, namun disaat-saat mendebarkan itu nabiyullah Ibrahin tidak meminta apapun dari Allah swt ,beliau tidak mengeluh : Ya Allah dimana Engkau , tidak mencari penolong selain-Nya, tidak meminta apapun dari manusia , yg terucap dimulutnya hanyalah kata-kata "

"cukuplah bagiku Allah , Dialah sebaik-baiknya pelindung." ( HR: Al-Bukhari )

Kata-kata yang diucapkan dengan penuh keyakinan bahawa Allah tidak akan melupakan hamba-Nya ,Allah mengetahui apa yang diinginkan hamba-Nya tanpa perlu mengingatkan-Nya.

Dan doa yang diucapkan oleh seorang mukmin, permohonan yang selalu dipintakan kepada-Nya adalah perlaksanaan dari perentah-Nya, bukan kerana kita menyakini bahawa Dia tidak akan  memberikan tanpa diminta.




nota dari kelas tasawuf
bimbingan Ustaz Bari
Surau Al-Ulum , syek 9
Kota Damansara, PJ, S`ngor